Monday, March 30, 2015
Sunday, February 15, 2015
hadis Nabi
Dari Ibnu Umar
Nabi Rasullah bersabda" Allah telah berfirman, wahai sekalian manusia , bukan kah apa yg ada pada kamu sudah mencukupi, ...apa lagi yang kamu mau dari dunia"
Hadis Kurdsi, merupakan wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Rasullah, yang Allah berfirman, merupakan yang disampaikan dari lidah Nabi Rasullah saw
1. Manusia- merujuk pada semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan tak kira siapa
2. bukankah apa yang ada pada kamu sudah mencukupi?- suatu bentuk penegasan dan bukan nak dengar jawapan dari setiap orang. dan Nabi ingin sampaikan yang Allah telah sediakan byk nekmat dan pelbagai bentuk yang Di sediakan sudah mencukupi. a
3. Apa lagi yang kamu mau dari dunia? Jadi kenapa nak mintak lebih sedang yang lebih akan membinasakan kamu. Ia berbentuk amaran kpd manusia.
Manusia diuji dari bentuk kekurangan dan kelebihan,
bila kekurangan- manusia lebih senang mengingati Allah
dan Kelebihan akan lebih senang kearah binasa , lebih lalai dari mengingati Allah
Walaubagaimana pun ada pengecualian: tidak berdosa dan menjadi kesalahan dari kita berdoa untuk memintak lebih untuk kita menafaatkan pada orang lain dan jalan Allah. Maka kedudukan mereka lebih utama disisi Allah.
golongan utama
1. yang kaya dan bersyukur Allah, yg utama sebab selain mendapat menafaat dan jugak memberi manafaat orang lain.
2. yang miskin dan bersabar
Tetapi ada amaran dari Nabi:
1. tidak senang untuk kaya dan bersyurkur,
a. yang hanya bercakap syurkur
b. yang bersyurkur dengan amalan.
Manusia bersifat tak pernah puas sebab nafsu, yang menggalakkan tidak bersyurkur
Nafsu , sabda Nabi, jika diberi manusia lembah dari emas, mereka akan meminta lembah kedua, dan seterusnya memintak lembah ke tiga dan hingga mulutnya dimakan tanah(mati).
sebab kita tidak merasai mencukupi apa yang Allah kurniakan
Golongan yang tak cerdik, iaitu mereka yg selalu mengikut nafsu, nak berjumpa Allah tetapi tak bersiap sedia dengan amalan, hanya angan angan.
Nabi memberi amaran" jika kita bangun waktu pagi, kamu merasa yg Allah memberi nekmat kesihatan pada tubuh badan, suatu nekmat yg hebat"
1. sebelum tidor malam, berdoa kpd Allah, sentiasa peka kpd nekmat Allah.
2. nekmat ketenangan dalam hati manusia. Bila waktu tidak tenteram kita akan merasai kehilangan nekmat itu. contoh khusuk dalam solat, ketengan itu penting
3. nekmat yg besar, bila bangun dari tidur dengan rezeki tersedia.
Jadi hadis ini, menerangkan nekmat yg ada sudah mencukupi. Jangan mintak lebih sehingga ketepikan hukum halal dan haram.
jadi kena redha dan terus usaha berdoa untuk kena'ah dan terus bersabar dan bila kamu sabar Allah akan memberkati kamu
Kesabaran itu dituntut bila pertama kali diuji
catatan 10/2/15 Muaz b Jabal
Peringatan dr kitab Imam Ghazali
Ilmu Tasawuf- ilmu yg untuk memperbaiki akhlak , keimanan, dan menekmati kemanisan beribadah.
Elakkan berbangga dengan ibadah yg sedikit atau byk,
dan amalan bersedekah yg byk tanpa ikhlas dalam ibadah , kita tidak akan dapat merasai kemanisan beribadah kerna Allah Taala
Barang siapa yg solat dengan penuh hati dan jiwa , dengan membuang harta dan pangkat, pakaian/ perhiasan dalam dunia, untuk mendapat keikhlasan dan kekyusukan dalam solat.
Harta, carinya tak salah, jaga nya tak salah, tetapi kita tidak boleh sampai ke satu peringkat yg harta menjadi penghalang ibadah kita ketika mengadap Allah.
Banyakkan sedekah, pada harta, perhiasan dan pangkat unutk mendapat kekyusukan dalam solat
Ketika beribadah, mengadap Allah, kita mesti kyusyuk mengingati Allah dan bukan mengingati hal keduniaan
seorang Alim, Abu ali, menziarahi seorang lelaki yg salih yg sedang sakit, (pahalanya sangat besar , sunat muaakad, lebih besar kerna kepentingan umum dari solat sunat hanya untuk diri sendiri). Bila dia memasuki rumahnya, dia terkejut rumahnya dipenuhi dengan rsmai orang, dari ahli keluarga dan anak anak muridnya yg ramai ketika itu membaca quran dan doa supaya sembuh, dan dia pesakit menangis, maka Abu Ali bertanya kenapa lelaki salih ini menangis? Jawab Lelaki itu, ianya kerna amal ibadah ku, kerna sekarang aku sakit, aku tak dapat kerja kan ibadah dgn sempurna, tak dapat kyusuk sebab sakit.
Berbeza umum, mengelakkan beramal kyusuk ketika solat, walaupun sihat, apalagi solat berjemaah ketika dtg musibah.
solat- dalam apa keadaan mesti solat dalam apa keadaan pun, berdiri, duduk, isyarat mata , atau dlm hati
......................"...................................
Nekmat panjang umor, selain dr iman dan islam
Panjang umor- berkesempatan mencari ilmu untuk kerberkatan kpd Allah
ilmu
catatan suboh 15/2/15
Muaz B Jabal
Sunday, February 8, 2015
solat sunat
solat berjemaah , suatu solat yang sangat2 dituntut dan pahala nya sangat besar
solat solat sunat yang sangat sangat dituntut
1. Solat witir
solat yang sangat sangat yang dituntut
dibolehkan 1,3,5,7,9 rakaat samada 2 salam, 3 salam atau satu salam
2. solat rawatib
diperbolehkan qada solat ini walaupun terlepas waktu
3. solat dhuha, suatu yg muaqad, yang menjadi amalan kita, akan menjadikan kita ahli ibadah.
Masuk solat dhuha ialah 28 minit setelah syuruk
dan habis waktu 1/2 jam sebelum zohor
paling minima 2 rakaat
sebaik aiknya 8 rakaat
rakaat pertama: alshamsi, qulya
rakaat kedua: wadhuha, alikhlas
satu ibadah yang menakjubkan,
Sedekah: Dari Hadis Rasullah saw.
360 ruas tulang, sendi dalam tubuh manusia, setiap orang dituntut mengeluarkan sedekah darp setiap sendinya, termasuk mengeluarkan sedekah, membuat amalan dan jugak setiap Tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan cukup jugak solat dua rakaat dhuha
Abu hurairah berkata Nabi pernah menasihatkannya
1. Aku tak tido sehingga buat witir
2. aku tak tinggalkan dhuha
3. puasa 3 hari dalam sebulan
Rasullah mengingati akan kita supaya menjadi ahli ibadah
4. solat Tahajud
Menyepikan diri bersama kekasihnya, yg dirindui dan hati terpegun didepan Allah dan airmata bercucuran , adalah saat yang sepi bersama Allah.
Ada jugak orang yg tak sempurna solat fardu dan apalagi solat solat sunat, jadi perlu musabah diri.
salah satu rahsia hidup...
amalan yang menakjubkan ialah solat malam, untuk membina roh dan mendapat kekuatan dari Allah, berhubung dengan Allah Taala, berdasarkan generasi pertama para sahabat darp didikan Nabi Muhammad saw, iaitu generasi alQuran
Pure in mind
pure in heart
7 amalan Rasullah dari Tahajud hingga dhuha
kita boleh jadikan bekalan diakhirat
catatan Ustaz Kamil
4/2/15
kitab mustika Hadis 3&4
dari Zaid b Attaq, riwayat Muslim, seorang sahabat Nabi
diusia kechil telah memeluk Islam dan mempunyai jiwa perjuangan Islam yang kuat.
Sehingga sedih bila Nabi Rasullah menghalangnya dari menyertai peperangan Uhud , sebab masih kechil
Nabi memuji, sebaik baik generasi, generasi Nabi, dan seterusnya generasi selepasnya.
Allah Taala memeberi jaminan yang mereka tidak akan mendustakan Nabi.
Zaid , seorang yang hebat, sehingga dia bersama peperangan dengan nabi sebanyak 17/21 peperangan bersama Nabi
surah munafikun diturunkan kerna Zaid terdengar
" pada suatu hari aku dan bapak saudara menyertai peperangan Bani Mustariq, dalam perjalanan aku terdengar Abdullah b ubai b saluk,"
Abdullah b ubai b saluk, pengasas munafik, orang yg berpengaruh di Madinah dan setelah Nabi berhijrah sanjungannya berkurang dan dengki nya menyebabkan dia jadi ketua munafik.
abdullah n ubai b saluk, berkata jangan yang ada dikalangan kaumnya supaya tidak keluarkan harta nak tolong Nabi. Dia berkata akan menghalau Nabi dan pengikutnya. Dan terus mengutuk Nabi dengan penghinaan yang teruk.
Apabila mendengar Zaid dan rasa tak sedap, dan lalu mengadu kpd Pak Saudaranya, dan Pak Saudara nya mengadu kpd Nabi tentang penghinaan oleh Abdullah b Ubai.
dan nabi menghantar utusan kpd Zaid untuk bertanya terus tentang berita ini. dan seterusnya Nabi menghantar utusan kepada Abdullah b Ubai untuk penjelasan.
Abdullah b ubai, menafikan berita itu dan disokong oleh kaumnya. Maka berkata Zaid" Malang nasib ku kerna Nabi mendustakan aku dan percaya Abdullah b Ubai"
faktor nabi percaya kpd Abdullah b Ubai
1. Zaid masih kechil
2. Abdullah orang yg berpengaruh di Madinah
Maka , Zaid terlalu sedih dan mengurung diri , dan ditambah para sahabat Nabi pulak memarahinya.
Lalu Pak Saudaranya memujuknya dan menerima keputusan Nabi., sehingga Allah Taala menurun surah Munafikun, yang menerangkan benarnya Zaid dan Nabi terus mengubah keputusannya.
Sabda Nabi, sesiapa yang mendapat petunjuk dari kitab Allah, mendapat rahmat Allah.
kesimpulan: jika hidup memdapat panduan dari alquran dan ia akan mendapat rahmat Allah
dan jika tidak, dia kan mendapat kesesatan.
Alquran adalah pendoman, dan sebagai manusia kita berhajat kan sesuatu dan Allah Taala menurunkan kitab Allah iaitu Alquran dan Nabi yang menaksirkan Alquran, sebagai rahmat kpd manusia.
1. Rahmat:
membaca mendapat pahala
hidup bertindak mengikut alquran
undang undanh mengikut alquran
2. kelebihan:
memberi ketenangan dlm kehidupan, tummakminah!
3. salibunnrijak, mencorakkan manusia menjadi yg diredhai Allah Taala
menjadi manusia yang khusyuk, kpd Allah
saperti sahabat Nabi yang khusyuk, banyak yang hebat saperti Abu ubaida, kuburnya di Jordan,
setiap zaman ada yang amanah, ahli ibadah, tentera yg hebat siangnya, dan Allah telah mencabut sifat sifat sombong dan bongkak.
dengan kehebatan ini, kerajaan Rom Dan Parsi jatuh satu persatu ditangan mereka ini.
Pada hari ini, kerajaan di dunia tidak lagi berpandu alQuran. Negara Islam banyak yg kaya tetapi Palestine masih tidak dapat di selamatkan, menunjuk Alquran tidak digunakan sebagai panduan, dan Allah menghina umat Islam sendiri.
Sekarang, bila umat Islam mati dibunuh, umat Islam lain tidak merasa nya.
4. sebagai penyembuh pada penyakit
5. menghidupkan hati manusia, mendapat keredhaan Allah Taala
catatan 8/2/15
Muaz B Jabal
tanda taubat diterima
6 tanda diterima taubat
Para Nabi, taubat mereka terus diterima Allah Taala, walaupun Nabi dianggap maksum, yang tidak membuat dosa, tetapi sebagai manusia mereka jugak ada buat kesilapan.
Contoh Nabi Yunus, yg berdakwah kpd kaum nya tetapi tidak diterima dan apabila kecewa, pendekkan cerita bila membawa diri ketempat lain dia dikehendaki terjun ke laut sebab kapal yang dinaiki telah lebih muatan . Dan dia ditelan ikan yu, dan beberapa tahun. dia terus berzikir tasbih, Laillaanta subhanakaini kumtum minnazzalimin, dan dikeluarkan dari perut ini disebabkan dia bertasbih
begitu jugak taubat Nabi Adam, saperti dalam surah albaqarah
TANDA TAUBAT DITERIMA:
1. sentiasa dan kelihatan suci bersih dari kemaksiatan, ciri2 fizikal jelas, terutama mengikut sunnah Nabi
2. sentiasa lapang hatinya ketika berada sendirian dan ketika dihadapan orang ramai. Maka apabila terdapat dosa sedikit dia akan terasa betapa dosa itu, bersalah, dan dengan segera kembali, dan banyak beristifar
note: syaitan menyelimutkan kita dengan kulit kambing supaya mereka merasa sejuk nyaman kerna iblis menghembus, maka terlanjak tidur
3. Pergaulannya terbatas dengan orang yang baik saja dan sentiasa menjauhi orang2 yang fasik
4. Tidak perihatin terhadap bentuk2 material dan keduniaan dan kuatnya kehendak keakhirat dan jika ada harta akan digunakan sebgai infak
5. Selalu mengawasi lidahnya daripada perkara2 yang membawa dosa, saperti mengumpat, komplen , fitnah dan lebih banyak diam dan muhasabah diri.
6. Perhatin dengan memperkukuhkan sendi2 iman, iaitu mencari ilmu, banyak bergaul dengan orang2 yg soleh. kerna "Iman boleh bertambah dan berkurang" sabda Nabi Rasullah
"amalan pertama yg dihisab waktu akhirat ilah solat" sabda Raullah, yg sedihnya ramai miskin dan solat
BUAT AMAL dan HINDaRi DoSA
catatan kuliah subuh 8/2/15
Monday, February 2, 2015
Nasi beringin dan lauk ayam masak panggang
Nasi Beringin
Bahan;
Bawang merah/ onion
Bawang Putih./ garlic
Halia/ ginger
Serai/ lemon grass
Lengkuas/galangal
Kenyit hidup / turmeric
Asam keping / garcinia Cambogia or tamarind peel
Buah keras/ candlenut
Santan/ coconut milk
Lada kering/dried chili
Kayu manis/ cinnimon, buah pelaga - cardamom , cengkih- clove , bunga lawang/ star anise
Ayam kampung 2 ekor/ chicken
Di goreng separuh masak
Fried chicken
Cara: method
Ayam masak panggang
Tumis kan bahan kisar:
bawang merah, bawang putih, kunyit, lada, buah keras,kayu manis berserta bunga lawang
masukkan serai yg dititek, lengkuas , kacau sehingga garing
masukkan santan, asam keping sedikit
kacau lagi
masukkan garam dan gula
akhir sekali masukkan ayam yang telah siap digoreng
kacau dan biarkan dengan api yang perlahan
biarkan kuah pekat macam rendang
Nasi/Rice
Tumis bawang merah , bawang putih dan halia
kemudian masukkan beras yg telah dibasuh dan tos
masukkan sedekit garam dan daun pandan
Daun Pandan/Pandan-
For the rice only
biarkan sehingga masak
makan dengan salad,
cubalah....
Subscribe to:
Comments (Atom)




























