Monday, October 24, 2016

Azerbaijan

Kembara berdua ke Azerbaijan : 8th Oct 2016  16th Oct 2016

 

Mukadimmah:

 

Mengapa Azerbaijan? Tidak pernah terfikir pun nak pergi ke sini awalnya. Hati melonjak-lonjak nak pergi ke Negara-negara Balkan, tetapi rezeki ke Azerbaljan apabila Seorang teman meminta temankan dia berseminar di sana

 

Maka bermula lah pencarian dan pengenalan tentang Azerbaijan, dari memilih lokasi lawatan dan pemilihan hotel.  

 

Apa ada di Azerbaijan, di mana kah negeri ini , apa perancangan perjalanan?

 

 

Terletak 

Selatan – Iran

Utara –Rusia

Timur – Laut Caspian

Barat – Georgia, Armenia dan Turki

 

Penduduk : 9 Juta

Ugama : >90% Islam (>90% Syiah)

Ada yang tidak berugama, disebabkan pengaruh Rusia yang memerintah sejak tahum 1918-1990

Bahasa: Rusia & Azerbaijan ( Turk)

 

 

 

 

Kami merancang untuk mengembara ke lokasi :

 

Day 1-3 Dari Baku-Gabala-Sheki-Ganja-Baku

Pengangkutan: melalui online booking, kami telah memilih Cermington LLC , Mr Emil Aghacanov, Kami pilih Toyota Prado siap dengan sewa pemandu pada harga AZN690 ( manat690)

AZN1= RM2.6=USD0.6

 

 

 

 

 

Darhari ke 4-7 – Di Baku sahaja

Kami menggunakan perkhidmatan dari Tural  ( private guide and friend, Nurig)

Jugak lawatan satu hari dengan Tour Guide professional- Kevin

 

Mereka juga yang mengambil dan menghantar kami dari International Airport

 

Airport-Baku lebih kurang 26km atau 30 minit perjalanan

 

Pandangan luaran mengenai Azerbaijan

Kebersihan:

Terkejut bila melalui Bandar Baku, sungguh bersih. Mengikut  Kevin Bandar ini  dibersihkan 3x sehari. Kebersihan bukan di kawasan jalan-jalan besar sahaja tetapi jugak di-lorong-lorong belakang. Rakyat jugak tidak membuang sampah merata-rata dan tiada sign denda pun kerna membuang sampah


Ekonomi:

Nampak kukuh dengan tukaran matawang manat 2.5kali ganda RM. Nadi utama ekonomi ialah minyak. Di merata tanah dan laut Caspian beratus-ratus jentera penggali minyak kelihatan. Pertanian juga sebagai hasil utama penduduk luar Bandar : Apple juice, hazelnut, grapes, pears, buah-buahan mediterranen yang biasa dilihat

 Hasil Minyak:

Politik:

Diperintah oleh President dengan kuasa penuh ( executive power). Selama 25 tahun Heydar Ali and family memerintah Azerbaijan dan diwaktu ini anaknya Isham Ali pula memerintah


Bangunan dicipta dan dibina mengikut tandatangan President yang dulu, Heydar Ali


Keselamatan:

Kami rasa selamat, sebab polis ada di merata-rata tempat; di tepi-tepi jalan, di depan-depan malls, di highways, di kawasan perumahan, di round about dan di bawah fly-over

Pra-sejarah dan Sejarah

Ternyata ianya kaya dengan sejarah silam dari penyebran ugama dan jugak pemerintahan beraja sehingga lah penaklukan Rusia pada tahun 1918. Black January suatu sejarah yang sukar dilupakan oleh rakyat Azerbaijan dimana orang awam dibunoh oleh tentera Rusia kerna cuba mempertahankan kedaulatan Negara mereka. Beratus-ratus orang yang dibunoh dan jasad mereka disemadikan di dataran Baku.

 

Lokasi lawatan

 

Baku – Shamakha – Lahij – Gabala 

9 Oct:

Menggunakan kereta sewa dan pemandu Amil , kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan terus saja ke Samakhi. Kami melawat Juma Masjid yang penuh sejarah & Yeddi Gumbez Mausoleum

Seterusnya kami ke Lahij dimana sepanjang perjalanan diiringi dengan Sungai Girdimanchay dan Canyon. Lahij  is the 5th century place rich in its historic and architectural values. Lahij is mostly famous for medieval water supply and sewage systems. Sungai nya besar dan panjang tetapi kering.

 

Di Lahij, kami berpeluang melihat sendiri barang-barang antic saperti barang kemas, barangan tembaga, permaidani, tembikar, pisau dan alat-alat besi dalam beberapa bengkel tradisional. 

 

Dalam perjalanan ke Sheki, kami singgah sebentar ke rumah ibubapa pemandu kami Amil dan merasai kehidupan di perkampungan di Ismilyi

 

Malamnya kami teruskan memandu ke destinasi akhir kami untuk malam itu kota Gabala

 

10 Oct:

Esok paginya kami teruskan pengembaraan dengan lawatan ke pergunungan rawatan air dan ke runtuhan Kabalaka dan lawatan secara tak sengaja ke kawasan penggalian archeologi

 

Tiba di Sheki agak lewat dari dijangkakan

Di Sheki- satu daerah pergunungan yang cantik dan sejuk, kita boleh melawat gereja Albanian yang pertama di Caucasus iaitu abad pertama AD

 

Selain kami melawat beberapa kawasan bersejarah saperti Sheki Khans’ Palace, a medieval fortress, and local History Museum. 

 

Jugak kami sempat menziarahi Masjid Jamek & Madrasah dan handicrafts workshop.  

11 Oct- Sempat jugak berjalan kaki ke Bazar, iaitu pasar harian penduduk Sheki

Dan  beberapa perhentian sepanjang pulang ke Baku

 

12 Oct – Hari santai di Hotel taraf 5 bintang Jumeirah Beach Hotel  Bilgah Baku dan kaki masih nak jalan ke Bandar Baku. Sampai di mall 28 dan look see look see

Perkhimatan Uber adalah yg terbaik bila nak jalan-jalan di Bandar sebab Taxi akan charge terlalu mahal

Misalnya dari Hotel ke Bandar , taxi yang menunggu charge AZN30 smentara bila panggil taxi luar hanya AZN20 dan bila balik menggunkan Uber hanya AZN12.50

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CHECKLIST

IMPORTANT

REMINDER

BY WHOM

MEDICATION

Pl ensure your medicine & medication procedures are ready

share with me on what and what

Pl list items that you cannot eat or drink

K.NIK

SELFIE STICK

 

 

RB

CAMERA

 

 

RB/K.NIK

SLIPPER

 

 

BOTH

WALKING SHOES

 

 

BOTH

POWER-BANK

 

 

RB

Coats/jacket