KEMBARA RAMADHAN DI KEMBOJA
Sukarelawan Persatuan Kakitangan Islam MBB
Latar Belakang:
Misi cakna Ramadhan yang dianjur oleh PKIMB bersama Muslim CARE untuk mereka yang memerlukan di Kemboja telah berlangsung pada18June-19June. AnggotaRombonganmengangkutbarang-barang
Program ke Kemboja adalah satu program yang dianjurkan oleh PKIMB pada setiap tahun. Dan pada tahun ini kakitangan wanita ( Muslimat) berkesempatan bersama-sama mengikuti program cakna Ramadhan
Persiapan awal:
Dengan kehadiran Masliah, pesara MB danMazlina Ketua Direktor Perak, telahmenambahkan kemeriahan bagi melaksanakanprogram Cakna Ramadhan ini.
Bersama-sama kami telah Berjaya mengumpulhadiah-hadiah berikut:
1) Telekung dewasa 100 pasang
2)Kain Pelikat 100 helai
3)Telekung kanak kanak 50 pasang
4)Tuala Mandi 100 helai
5) Gula / biskut 200 paket
6) Duit Raya 200 paket @ RM3K
7) Sahur 10 akhir Ramadhan USD150
8) Baju kurung baru 10 pasang
9) 210 pasang selipar
Tiba Harinya…
Seramai 8 orang sukarelawan telah ke Kemboja di waktu Suboh 19th June 2016
Sesampainya kami di lapangan terbang Phnom Penh, kami telah dismabut oleh kaitangan MBB di Kemboja dan Ustaz wakil dari Kampung BatleyKroam. Kami terus sahaja meneruskan perjalananke Kampung Cham yang memakan masa selama2 jam lebih.
Sesampainya kami, aktiviti seterusnya, selepassolat zohor di masjid , dengan bantuan pendudukkampong kami terus sahaja, gotong royongmemasukkan barang barang cenderahati danmakanan ringan ke dalam beg-beg yang dibawa.
Sebahagian daripada selipar
Duit raya jugak disediakanuntuk kanak-kanak
Majlis penyampaian barangan telah diadakan di padang sekolah (sekolahnya belum siap) dan kami merasa amat puashati apabila dapatmenyampaikan sendiri barang-barang keperluankepada mereka yang memerlukan. Kami jugakmembiayai persiapan khemah dan jugak seeokorlembu sebagai juadah iftar penduduk kampong pada hari itu.
Gunakan kupon untuk terimatelekung
sabar menanti giliran…
Anak-anakkecil yang gembira kerana mendapat duit rayaawal
Bergambar di hadapanMadrassah yang belum siap, pembinaanmemerlukan USD60,000 lagi. Pembinaanterbantut kerana kekurangan dana. Kontraktoryang dipilih hanya akan menyambung pembinaansebaik mereka menerima dana. Hasrat kami untukmenyiapkan Madrasah ini sebelum musim Monsunyang akan datang kerana bahagian bawah ( kolong ) akan tenggelam sepenuhnya dan akanmenyulitkan pembinaan.
Saguhati untuk 5 orang guru- RM 2.1K ( kaliterakhir kami berhubung dengan mereka, dalampoket mereka ada kurang dari USD 10.00)
Seterusnya kami telah ziarah 30 keluarga yang dhaif , yang tua dan tak berdaya , jugakmenyampaikan “buah tangan”
Iftar
Petang itu, iftar untuk seluruh penduduk kampungBatley Kroam, Kpg Cham ialah seekor lembu
Bermula dengan kami sedia menanti di masjid kira 20 minitsebelum , dengan cahaya matahari masih terang benderang, dan sewkatu berbuka kami masih lagi mendapat cahaya danperlahan-lahan cahaya makin malap, barulah pihak masjid memasang sebiji lampu yang menerangi samar-samar di tempat kami beriftar.
iftar kami
Hari Pulang
Kami tinggal di rumah mertua Ustaz dan bersahur di situ
Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang. Seronok tengokbila penduduk dan kanak-kanak menunggu kami untukmenghantar kami pulang
Bersama-sama Tuan Rumah
Pengalaman dan merasaiKehidupan mereka
1. Di sini tiada letrikatau air paip, untuk letrik, mereka menggunakan solar energy bagi yang berkemampuan tetapi dengan satu atau 2 bateriyang boleh bertahan setakat beberapa jam. Sementara air di pam dari sungai Mekong dan juga sebiji water pump yang dikongsi seluruh kampong. Terdapat beberapa perigi yang diderma oleh ramai dermawan dari luar Negara, tapisayangnya semua perigi ( open well) kering kontang
2. Semua penduduk Kampung Batley Kroam , adalahpenduduk miskin dengan majority adalah dari kalangan dhaif
Pekerjaan utama mereka ialah menanam tembakau dannelayan
3. Jalan keluar dari kampong ini ke Bandar KampungCham memakan masa lebih dari ½ jam, sewaktu kami dating, masih lagi jalan tanah merah
4. Aktiviti terhad diwaktu siang sahaja, selepas inyak, semua nya senyap dan gelap atau samar-samar lampu daribateri( discharge dari solar)
5. Rumah diperbuat dari buloh- lantai dan dinding yang jarang-jarang, orang atas boleh Nampak bawah rumah, tiadatingkap pun. Waktu malam tak perlu tutup pintu. Hanyamasjid sahaja yang GAH binaannya.