Sunday, February 8, 2015

tanda taubat diterima

6 tanda diterima taubat

Para Nabi, taubat mereka terus diterima Allah Taala, walaupun Nabi dianggap maksum, yang tidak membuat dosa, tetapi sebagai manusia mereka jugak ada buat kesilapan.
Contoh Nabi Yunus, yg berdakwah kpd kaum nya tetapi tidak diterima dan apabila kecewa, pendekkan cerita bila membawa diri ketempat lain dia dikehendaki terjun ke laut sebab kapal yang dinaiki telah lebih muatan . Dan dia ditelan ikan yu, dan beberapa tahun. dia terus berzikir tasbih, Laillaanta  subhanakaini kumtum minnazzalimin, dan dikeluarkan dari perut ini disebabkan dia bertasbih

begitu jugak taubat Nabi Adam, saperti dalam surah albaqarah

TANDA TAUBAT DITERIMA:
1. sentiasa dan kelihatan suci bersih  dari kemaksiatan, ciri2 fizikal jelas, terutama mengikut sunnah Nabi
2. sentiasa lapang hatinya ketika berada sendirian dan ketika dihadapan orang ramai. Maka apabila terdapat dosa sedikit dia akan terasa betapa dosa itu, bersalah, dan dengan segera kembali, dan banyak beristifar

note: syaitan menyelimutkan kita dengan kulit kambing supaya mereka merasa sejuk nyaman kerna iblis menghembus, maka terlanjak tidur

3. Pergaulannya terbatas dengan orang yang baik saja dan sentiasa menjauhi orang2 yang fasik

4. Tidak perihatin terhadap bentuk2 material dan keduniaan dan kuatnya kehendak keakhirat dan jika ada harta akan digunakan sebgai infak

5. Selalu mengawasi lidahnya daripada perkara2 yang membawa dosa, saperti mengumpat, komplen , fitnah dan lebih banyak diam dan muhasabah diri.

6. Perhatin dengan memperkukuhkan sendi2 iman, iaitu mencari ilmu, banyak bergaul dengan orang2 yg soleh.  kerna "Iman boleh bertambah dan berkurang" sabda Nabi Rasullah

"amalan pertama yg dihisab waktu akhirat ilah solat" sabda Raullah, yg sedihnya ramai miskin dan solat

BUAT AMAL dan HINDaRi DoSA











catatan kuliah subuh 8/2/15