Kembara berdua ke Azerbaijan : 8th Oct 2016 – 16th Oct 2016
Mukadimmah:
Mengapa Azerbaijan? Tidak pernah terfikir pun nak pergi ke sini awalnya. Hati melonjak-lonjak nak pergi ke Negara-negara Balkan, tetapi rezeki ke Azerbaljan apabila Seorang teman meminta temankan dia berseminar di sana
Maka bermula lah pencarian dan pengenalan tentang Azerbaijan, dari memilih lokasi lawatan dan pemilihan hotel.
Apa ada di Azerbaijan, di mana kah negeri ini , apa perancangan perjalanan?
Selatan – Iran
Utara –Rusia
Timur – Laut Caspian
Barat – Georgia, Armenia dan Turki
Penduduk : 9 Juta
Ugama : >90% Islam (>90% Syiah)
Ada yang tidak berugama, disebabkan pengaruh Rusia yang memerintah sejak tahum 1918-1990
Bahasa: Rusia & Azerbaijan ( Turk)
Kami merancang untuk mengembara ke lokasi :
Pengangkutan: melalui online booking, kami telah memilih Cermington LLC , Mr Emil Aghacanov, Kami pilih Toyota Prado siap dengan sewa pemandu pada harga AZN690 ( manat690)
AZN1= RM2.6=USD0.6
Kami menggunakan perkhidmatan dari Tural ( private guide and friend, Nurig)
Jugak lawatan satu hari dengan Tour Guide professional- Kevin
Mereka juga yang mengambil dan menghantar kami dari International Airport
Airport-Baku lebih kurang 26km atau 30 minit perjalanan
Pandangan luaran mengenai Azerbaijan
Kebersihan:
Terkejut bila melalui Bandar Baku, sungguh bersih. Mengikut Kevin Bandar ini dibersihkan 3x sehari. Kebersihan bukan di kawasan jalan-jalan besar sahaja tetapi jugak di-lorong-lorong belakang. Rakyat jugak tidak membuang sampah merata-rata dan tiada sign denda pun kerna membuang sampah
Ekonomi:
Nampak kukuh dengan tukaran matawang manat 2.5kali ganda RM. Nadi utama ekonomi ialah minyak. Di merata tanah dan laut Caspian beratus-ratus jentera penggali minyak kelihatan. Pertanian juga sebagai hasil utama penduduk luar Bandar : Apple juice, hazelnut, grapes, pears, buah-buahan mediterranen yang biasa dilihat
Hasil Minyak:
Politik:
Diperintah oleh President dengan kuasa penuh ( executive power). Selama 25 tahun Heydar Ali and family memerintah Azerbaijan dan diwaktu ini anaknya Isham Ali pula memerintah
Bangunan dicipta dan dibina mengikut tandatangan President yang dulu, Heydar Ali
Keselamatan:
Kami rasa selamat, sebab polis ada di merata-rata tempat; di tepi-tepi jalan, di depan-depan malls, di highways, di kawasan perumahan, di round about dan di bawah fly-over
Pra-sejarah dan Sejarah
Ternyata ianya kaya dengan sejarah silam dari penyebran ugama dan jugak pemerintahan beraja sehingga lah penaklukan Rusia pada tahun 1918. Black January suatu sejarah yang sukar dilupakan oleh rakyat Azerbaijan dimana orang awam dibunoh oleh tentera Rusia kerna cuba mempertahankan kedaulatan Negara mereka. Beratus-ratus orang yang dibunoh dan jasad mereka disemadikan di dataran Baku.
Lokasi lawatan
Baku – Shamakha – Lahij – Gabala
9 Oct:
Menggunakan kereta sewa dan pemandu Amil , kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan terus saja ke Samakhi. Kami melawat Juma Masjid yang penuh sejarah & Yeddi Gumbez Mausoleum
Seterusnya kami ke Lahij dimana sepanjang perjalanan diiringi dengan Sungai Girdimanchay dan Canyon. Lahij is the 5th century place rich in its historic and architectural values. Lahij is mostly famous for medieval water supply and sewage systems. Sungai nya besar dan panjang tetapi kering.
Di Lahij, kami berpeluang melihat sendiri barang-barang antic saperti barang kemas, barangan tembaga, permaidani, tembikar, pisau dan alat-alat besi dalam beberapa bengkel tradisional.
Dalam perjalanan ke Sheki, kami singgah sebentar ke rumah ibubapa pemandu kami Amil dan merasai kehidupan di perkampungan di Ismilyi
Malamnya kami teruskan memandu ke destinasi akhir kami untuk malam itu kota Gabala.
10 Oct:
Esok paginya kami teruskan pengembaraan dengan lawatan ke pergunungan rawatan air dan ke runtuhan Kabalaka dan lawatan secara tak sengaja ke kawasan penggalian archeologi
Tiba di Sheki agak lewat dari dijangkakan
Di Sheki- satu daerah pergunungan yang cantik dan sejuk, kita boleh melawat gereja Albanian yang pertama di Caucasus iaitu abad pertama AD.
Selain kami melawat beberapa kawasan bersejarah saperti Sheki Khans’ Palace, a medieval fortress, and local History Museum.
Jugak kami sempat menziarahi Masjid Jamek & Madrasah dan handicrafts workshop.
11 Oct- Sempat jugak berjalan kaki ke Bazar, iaitu pasar harian penduduk Sheki
Dan beberapa perhentian sepanjang pulang ke Baku
12 Oct – Hari santai di Hotel taraf 5 bintang Jumeirah Beach Hotel Bilgah Baku dan kaki masih nak jalan ke Bandar Baku. Sampai di mall 28 dan look see look see
Perkhimatan Uber adalah yg terbaik bila nak jalan-jalan di Bandar sebab Taxi akan charge terlalu mahal
Misalnya dari Hotel ke Bandar , taxi yang menunggu charge AZN30 smentara bila panggil taxi luar hanya AZN20 dan bila balik menggunkan Uber hanya AZN12.50
CHECKLIST | IMPORTANT | REMINDER | BY WHOM |
MEDICATION | Pl ensure your medicine & medication procedures are ready | share with me on what and what Pl list items that you cannot eat or drink | K.NIK |
SELFIE STICK |
|
| RB |
CAMERA |
|
| RB/K.NIK |
SLIPPER |
|
| BOTH |
WALKING SHOES |
|
| BOTH |
POWER-BANK |
|
| RB |
Coats/jacket |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|