Tuesday, November 25, 2014

taubat

perasaan bersalah dan bertaubat
kitab 
bagaimana kah hati sesaorang akan bersinar , bercahaya jika gambaran berbagai makhluk tergambar dihatinya yg hanya dia nampak. Sedangkan orang yg beriman, orang yg percaya pd perkara2 yg ghaib
Apa yg akan berlaku hanya ditentukan oleh Allah Taala, walaupun kita telah merancang hanya Allah Taala yg akhirnya tentukan sesuatu untuk kita. Maka mereka yg hanya dapat pada zahir akan percaya dia boleh dapat sesuatu dengan kuasanya sendiri dan gagal nampak yg memberi dan menentukan hanya Allah Taala.  Tetapi orang yg beriman yg melihat keujudan Allah , dia akan nampak dgn matahati nya yg sesuatu yg diberi hanya dr Allah Taala.

Disebabkan pandangan duniawi terlalu kuat, hati manusia masih belum bersinar, hati masih kotor dan takkan nampak Allah Taala, tak nampak kebesaran Allah Taala. 
selagi hati lalai manusia tidak akan rasa dekat dgn Allah, hati yg penuh dosa tidak akan dapat rasa rahsia rahsia kehidupan , nama nama Allah
Bagaimana mungkin hati akan dekat dgn Allah?

Bagaimana cermin hati boleh bersinar dan mengenal Allah? melalui Huzllah...ruangkan masa untuk berzikir, membaca Quran.

Walaupun sesibuk manapun, selepas solat, rehat sebentar, untuk mendapat ketenangan samada berzikir , baca Quran, dan mengingati Allah lebih utama dan Allah lebih mengetahui apa yg kita kerjakan.

Semasa solat, kekadang banyak perkara yg difikirkan dan menjadikan solat satu beban dalam kehidupannya. menjadikan fikiran berserabut dan hanya solat yang membolehkan dia tenang. Berdoakan lah selepas solat dari hati, bersungguh memintak dari Allah dan hanya Allah yg akan menentukan sesuatu. Manusia yg kuat keimanan akan merasa tenang, kerna mengetahui Allah bersamanya

dan meng"Aminkan doa, dari iman dengan penuh khusyuk

Lebih baik, bangun tengah malam, solat 2 rakkat dan mengadu dgn Allah.
Ada Allah yg mencipta dan mentadbir kehidupan dan alam ini.

manusia yg hatinya kotor, tidak dapat mengetahui rahsia nama nama Allah, dan tidak rasa kehadiran Allah, misal nya , ArRazak , rezki, yg bermakna, kesihatan, harta, yg berterusan.

Sifat Allah yg wajib yg diketahui 20, tetapi yg ada 99 nama, manusia mengetahui ini tetapi tidak solat mengikut Islam saperti zaman jahiliah, kaum Quraish , menyembah berhala, maka mereka ini kafir.

Tiada bagi Allah sifat sifat yg cela.
Mengetahui rahsia zat Allah, bila Allah menunjuk jalan yg lurus, memberi rezki, kita akan dapat merasa kebesaran Allah Taala...Nabi bersabda, kita dapat rasa Allah ada bersama kita, melihat kita, memberi kita rezki dsb.

Dengan mengenal Allah , kita akan rasa tenang dan kehidupan rasa lebih terurus dan ini perlukan ilmu.