Monday, October 13, 2014

al Imran 123 Amalan pada Gerhana bulan dan matahari



surah Al Imran ayat 123


Hadiri majlis ilmu ugama kerna di Majlis ini kebesaran Allah di perdengarkan
saperti Rasullah yg setiap solat 5 waktu akan memberi tazkirah dan ini amat berguna kpd mereka yg beriman kpd Allah dan Rasullah

Bersabda Rasullah, mereka yg lari utk mendangar dan di akhirat kelak Allah akan lari dr mereka

kumpulan yg kedua, mereka duduk mendengar tetapi malu malu dgn Rasullah, maka di akhirat kelak Allah akan malu2 dgn mereka

kumpulan yg ketiga yg tampil kedepan bila mendengar majlis ilmu dan di akhirat kelak Allah akan mengambil ke depan....ini yg paling bagus

Di akhirat, nanti jarak menunggu di padang Masyar, 25000 tahun kiraan dunia, tetapi kiraan Allah hanya 25 hari. dan bagi kumpulan yg ke3 akan dipanggil lebih dulu.

dan syurga itu melebihi luasnya langit dan bumi, dan jika kita menghadiri majlis tazkirah , pahala tetap dapat walaupunkita tido.
Hamba2 dijadikan untuk takut kpd Allah. dan Allah sentiasa mengingatkan manusia yg Dia sentiasa ada saperti kejadian gerhana bulan dan manusia patut tahu yg Allah boleh buat apa saja dan manusia patut takut akanAllah.

Pernah terjadi semasa zaman Nabi Rasullah, sahabat Nabi ,  Abullah B Masir,  sedang bermain anak panah dan tetiba gerhana berlaku trus berlari kpd Nabi nak melihat apa yg Nabi buat. Dan Nabi sedang solat sunat. kejadian tentang gerhana bulan dan matahari tidak berlaku kerna matinya manusia tetapi kehendak dan kuasa Allah...maka bersembahyang dan  beribadat lah ketika itu.

di Padang  masyar seluruh manusia dibangkitkan dan dikumpulkan, di mana matahari sejengkal, manusia berpeluh dan banjir, maka amalan mereka , yg bersusah payah beribadat, berbuat kebaikan sebab byk godaan n ujian , dan mereka yg beristiqamah dlm kebaikan dgn susah payah, 

satu lagi peristiwa berlaku di zaman Nabi Rasullah, terjadi gerhana matahari, Nabi sembahyang dan berkhutbah, yg berpandu dr surah yassin, gerhana bulan berlaku ketika bulan penuh begitu jugak gerhana matahari, ketika matahari penuh. dan amalan yg paling baik mencari kebaikan disisi Allah Taala, apa kah perangai manusia ketika itu, maka buatlah amalan baik yg tak pernah atau jarang dibuat
Nabi menjawab berdasarkan kpd situasi setiap manusia  amalan pd yg patut dibuat.

" cakap biar berbudi bahasa" pesan Nabi kpd sahabat yg bertanya nak buat hanya satu amalan baik.
dan " mintak ampun kpd Allah dan memberi keampunan kpd mereka yg meminta ampun" dan 
" percantikkan akhlak kamu" untuk masyarakat yg melihat kamu

 Tetapi sahabat tetap meminta satu saja , nabi berkata "buat baik kpd percakapan kamu"

Maka untuk kita mendapat tempat disisi Allah, buatlah baik, Rasullah bersabda sesape yg berpegang pd sunnah Rasullah, dia mendapat  pahala saperti 100 orang yg mati syahid

















catatan 12/oct/14 Muaz B Jabal