kuliah subuh 17/aug/14
takbik kemerdekaan: berkat usaha datuk nenek kita beroleh kermerdekaan
alquran: prinsip penjajah
kisah nabi sulaiman yg memeriksa tentera nya iaitu burung hud hud ,( burung berlatuk) yg hilang , tak hadir, dan oleh itu Nabi Sulaiman berkata yg ia akan menghukumyg berat termasuk disembelih, burung hud hud melainkan dengan sebab munasabab.
Burung hud hud dtg membawa berita penting untuk Nabi Sulaiman, iaitu yg Nabi Sulaiman tak tau dan hanya burung hud hud yg tau. burung hud membawa berita mengenai negeri Saba' ( di Yaman)' ianya mengenai seorang ratu di negeri Saba' iaitu Ratu balqis ( tak disebut dalam Quran tapi dari riwayat israelia). burung itu memberitau yg Ratu dan penduduknya menyembah matahari dan ditambah dengan godaan iblis, yg seolaholah menunjukkan kpd penduduk ini apa yg dibuat ini benar dan tidak mengetahui mengenai Tuhan yg sebenar
Nabi Sulaiman berkata akan siasat berita yg dibawa oleh burung hud hud samada benar atau rekaan...dan Nabi Sulaiman pun terus menjalankan dakwah kerna ada lagi yang tidak menyembah Allah.
Alquran- ditulis atas pelepah tamar, tulang belulang....dhaif dan bahkan palsu kerna ini satu penghinaan...lihat nabi sulaiman tulis surat
zaman nabi sulaiman telah mengutus surat ke Ratu Balqis melalui burung hud hud ...surat yg berbentuk dakwah.
apabila menerima surat tersebut, Ratu Balqis memberitau tentang surat itu kepada para menterinya, "sesungguhnya surat ini dari Nabi Sulaiman dan dimulai dengan Bismillahirrahmannirahim" ( dalam surah al An nam , 2 x lafaz)
menyeru Ratu Balqis supaya beriman "
nota: lafaz bismillah dlm alquran ada 114 , iaitu tolak surah altawba
menterinya menjawab supaya melawan dan berperang , bagaimanapun keputusan nya terletak kpd balqis.
Balqis berkata yg apabila raja raja masuk ke sesabuah negeri mereka akan buat kerosakan dan menghina penduduk
2 prinsip asas oleh penjajah
1. melakukan kerosakan- membunuh penduduk, buat huruhara
2. org yg mulia dan dihina- raja negeri itu dipaksa tunduk kepada penjajah, ulamak dihina kerna para ulamak keras menentang sebab penjajah Inggeris nak mengenakan cukai. Bila tok Guru ditangkap dan dibuang negeri di Mekah. dan ini satu penghinaan
di Terengganu Tuan Guru Abd Rahman Limbo
Di Kelatan Tok Janggut- yg melawan penjajah Inggeris yg kemudia Tok janggut ditembak, diikat dibesi, kepala dibawah, dan diarak dari Pasir putih ini satu penghinaan.
Bijaknya Balqis, menjawab utusan dengan mengundang Nabi Sulaiman membawa umatnya dengan belajar di negeri Balqis (Yemen) yg menurutnya mempunyai ramai bijak pandai. Tetapi nabi menghantar balik dengan merngertak Balqis.
Sebenarnya Nabi Sulaiman tidak hendak menyerang,menggunakan diplomasi dan bermesyuarat dengan para menteri nya dan bertanya siapa yg akan membawa mahligai Dr Negeri Yemen ke Palestine. Sebenarnya kerajaan syirik Balqis lebih maju dan sembah matahari berbanding dengan negeri berkerajaan Tauhid.
Nabi Sulaiman tahu kerajaan Yemen akan datang tunduk ke Palestine tetapi hendakkan jugak mahligai Yemen dibawa ke Palestine. dalam menyuarat termasuklah, infrid dan jin, ( Jin dalam waktu ini tak boleh jalan laju kerana dia akan terbakar dan jin duduk dekat Nabi Sulaiman sebab Nabi Sulaiman memegang kunchi dunia). Jin menawarkan diri untuk membawa mahligai Yemen. Sebab dia (jin) nak merasa hebat
Jin mengetahui beberapa perkara ghaib dan kerna Jin itu mengetahui nama Allah yg Agung ( byk zikir dan hubungan nya Allah rapat)
Nabi Sulaiman menggunakan kepakaran orang/ jin tertentu
di Malaysia sekarang yg merdeka 57 tahun, prinsip penjajah masih berleluasa.
550,00 yg murtad, kerosakan akidah
kerosakan akhlak yg berleluasa,
dan kita rasa tak selamat sebab jenayah yg melampau dalam masyarakat kita
jugak dari sudut pemimpinan kerosakan dari rasuah
Para ulamak yg dihina, orang tak mau ikut malah suka ikut artis
kesimpulan jika hendak selamat, perlu kembali ke Islam yg sempurna.
tidak jugak ke imanan yg separuh separuh.
begitu sistem perbankan yg penuh riba' , maka buka akaun islamik
dan orang islam yg masih gagal dalam sistem muamalat
politik yg diajar Nabi Muhammad , siasah yg sempurna, maka sesiapa yg berpaling dari Alquran dan Sunnah ,mereka akan dilanda resah gelisah, kehidupan yg sempit....terima Islam secara kesuluruhan
kuliah subuh 17aug14
kuliah magrib 24/sept 14